Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan ziarah seorang sahabat & babynya di Institut Pediatrik HKL. Babynya lahir tak cukup bulan. Beratnya masih 1kg lebih. Mudah-mudahan Nurul Asyiqin cepat membesar dan sihat walafiat. Ameen.
Anak merupakan anugerahNYA yang tidak ternilai harganya. Semestinya setiap ibu bapa mengharapkan anak yang dianugerahkanNYA sihat, sempurna dan membesar dengan baik.
Namun begitu, kedapatan juga yang Allah uji dengan keguguran ketika mengandung, lahir tak cukup bulan, baby tak sihat, baby meninggal selepas dilahirkan dan sebagainya. Pasti begitu perit untuk diterima si ibu bapa yang menghadapinya. Namun, itulah ujianNYA buat kita di dunia ini. Semuanya pinjaman termasuk baby yang dianugerahkanNYA.
Bagi anak yang membesar pula, Allah uji ibu bapa dengan pelbagai kerenah si anak. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak dengan sebaiknya adalah teramat berat. Iman tak dapat diwarisi. Sebagaimana anak Nabi Nuh pun tidak beriman. Nauzubillahi min zalik.
Sesungguhnya anak yang soleh itu teramat besar nilainya buat ibu bapa di akhirat nanti. Mudah-mudahan anak-anak yang Allah anugerahkan kepada kita menjadi anak-anak yang soleh. Ameen.
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
8 years ago
No comments:
Post a Comment