Sunday, March 28, 2010

Permata Hati, UjianNYA

Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan ziarah seorang sahabat & babynya di Institut Pediatrik HKL. Babynya lahir tak cukup bulan. Beratnya masih 1kg lebih. Mudah-mudahan Nurul Asyiqin cepat membesar dan sihat walafiat. Ameen.

Anak merupakan anugerahNYA yang tidak ternilai harganya. Semestinya setiap ibu bapa mengharapkan anak yang dianugerahkanNYA sihat, sempurna dan membesar dengan baik.

Namun begitu, kedapatan juga yang Allah uji dengan keguguran ketika mengandung, lahir tak cukup bulan, baby tak sihat, baby meninggal selepas dilahirkan dan sebagainya. Pasti begitu perit untuk diterima si ibu bapa yang menghadapinya. Namun, itulah ujianNYA buat kita di dunia ini. Semuanya pinjaman termasuk baby yang dianugerahkanNYA.

Bagi anak yang membesar pula, Allah uji ibu bapa dengan pelbagai kerenah si anak. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak dengan sebaiknya adalah teramat berat. Iman tak dapat diwarisi. Sebagaimana anak Nabi Nuh pun tidak beriman. Nauzubillahi min zalik.

Sesungguhnya anak yang soleh itu teramat besar nilainya buat ibu bapa di akhirat nanti. Mudah-mudahan anak-anak yang Allah anugerahkan kepada kita menjadi anak-anak yang soleh. Ameen.

Sukan PASTI Little Mukmin, Kota Damansara

Alhamdulillah sempat juga hadir ke Sukan Tahunan PASTI Little Mukmin kali ini tapi agak lewat. Maka, hanya 2 acara akhir sahaja yang dapat disaksikan. Acara ibu bapa dan acara terbuka untuk kanak-kanak.

Sukan tahun ni diadakan di Sek. Ren. Agama Kota Damansara, Seksyen 7. Aisyah dan zaujah turut serta untuk menyaksikan acara pada tahun ini.

Insya Allah bila Aisyah berusia 4 tahun nanti, nak hantar Aisyah ke PASTI lak :-)

Saturday, March 27, 2010

Kapcai Pertama

Kapcai ni diberikan oleh ayahku masa aku berada di alam kampus. Seingat aku masa aku tahun 2. Ayah aku beli kapcai ni dari customer dia, orang kampung aku jugak. Dulu ayah aku pomen. Kalau tak silap aku, ayah aku beli moto ni dengan harga RM1250 sahaja.

Dari alam kampus hingga ke alam kerja aku gunakan kapcai ni. Banyak kenangan yang dilalui bersama kapcai ni.

Kapcai ni dihantar balik ke kampung bila aku dah beli moto baru, Lagenda Z model baru masa aku keje kat Shah Alam. Moto baru tu lak cuma bertahan 2 bulan; kena kebas. Lepas tu, aku beli pulak Honda EX5 second hand dan masih kekal hingga ke hari ini.

Kapcai pertama aku pulak dah lama tersadai kat kampung. Dah uzur. Apa-apapun kapcai ni sentimental value jugak buat aku. Mungkin kalau ada duit lebih, nak repair dan make-up balik moto ni. Buat kenang-kenangan :-)

Masa

9 Mac yang lalu, Aisyah Faqihah genap 2 tahun. 2 Jun nanti, genap 3 tahun usia perkahwinanku.

Akhir tahun 2005, aku mula berhijrah ke Selangor Darul Ehsan. Akhir tahun 2006, aku bertunang, pertengahan tahun 2007, aku berkahwin. Kini tahun 2010. 3 tempat kerja telah kulalui sepanjang tempoh tersebut.

Cepat masa berlalu.